Zairi

Perbaiki diri sendiri sebelum baiki diri org lain....

Sunday, January 13, 2008

Anakku...





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

Seorang putera pewarisku telah selamat dilahirkan pada 22 Disember 2007 tepat jam 9.50 malam.. dengan berat 3.6 kilogram, dikamar 7 Hospital Besar Melaka telah selamat melalui detik yang begitu genting bagi isteri dan diriku sebelum bergelar ayah dan juga ummi..

Berkat doa semua, bayi yang diberi nama MUHAMMAD ANAS sempena majlis aqiqah pada 29 Disember 2007 di kampung Sungai Putat.

Semoga anak ini akan menjadi seorang anak yang soleh wa musleh, serta akan berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama suatu hari kelak. Amin ya rabbal alamin...